Harga Tersangkut, GBP/USD Dah Penat Ke Nak Terus Terjun Tu?

460

Kadar inflasi tahunan UK yang diterbitkan pada sesi Eropah pada Rabu semalam mencatatkan bacaan tinggi kepada 5.4% mengatasi jangkaan kenaikan kepada 5.2%.

Angka tersebut merekodkan kadar inflasi tertinggi UK dalam tempoh 30 tahun, iaitu sejak Mac 1992 lalu.

Ini memberi jangkaan terhadap pelabur untuk melihat Bank of England (BOE) bakal meneruskan pengetatan dasarnya selepas kadar faedah telah dinaikkan pada Disember lalu.

Mata wang Pound menunjukkan peningkatan nilainya pada dagangan Rabu semalam selepas penurunan yang berlaku sejak awal minggu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan harga telah berehat sebentar dari membuat penurunan dengan kenaikan berlaku semula semalam.

Harga telah meningkat ke paras sekitar 1.36500 menguji zon SBR (support become resistance) tersebut yang menjadi rintangan buat kenaikan harga semasa.

Pergerakan harga di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Namun, penganalisis masih berpendapat penurunan harga bakal diteruskan kembali dengan jangkaan untuk pengukuhan US dolar menjelang mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.

Sekiranya penurunan harga bersambung lagi di penghujung minggu, paras 1.35700 berkemungkinan tidak akan berjaya menyokong lagi kenaikan harga.

Penurunan lebih rendah akan menguji zon sokongan harga yang sebelum ini menjadi tumpuan seperti paras 1.35000 atau lebih rendah pada 1.34000.

Sebaliknya jika kenaikan harga berlaku, rintangan pada 1.36500 akan diuji sekali lagi sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju zon ketinggian 1.37400 yang dicapai minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat