Hari Ini Nak Trade Apa? Baca Sini Dulu

879

US dolar terus didagangkan menguat dengan mencecah paras tertinggi dua bulan ketika tanda-tanda kelembapan ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat meningkatkan kebimbangan terhadap gelombang kedua coronavirus.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diniagakan stabil pada 94.36.

Aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan Amerika Syarikat dilihat berkembang pada bulan September apabila data daripada IHS Markit menunjukkan kenaikan pada 53.5 daripada 53.1 yang dicatatkan pada Ogos.

Sementara itu di Eropah, matawang pound terus diniagakan lemah setelah data menunjukkan pertumbuhan perniagaan di Zon Eropah terhenti pada September, meningkatkan lagi kekhuatiran pelabur bahawa sekatan terbaru yang dilaksanakan mungkin akan memburukkan lagi usaha pemulihan ekonomi.

Matawang pound pada mulanya mencatatkan peningkatan susulan kenyataan ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier yang tekad untuk mencapai perjanjian dengan UK. Namun, kembali diniagakan menyusut ditekan oleh bacaan data yang suram dan sekatan terbaru yang diumumkan Perdana Menteri Boris Johnson.

Di UK, pertumbuhan dalam aktiviti ekonomi juga dilihat kehilangan momentum setelah data menunjukkan sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menunjukkan kemerosotan pada bulan ini.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand antara matawang yang berprestasi paling buruk dengan kekal didagangkan di sekitar paras terendah satu bulan berbanding US dolar pada sesi Asia.

Walaupun Reserve Bank of New Zelaand (RBNZ) membiarkan kadar faedah tidak berubah, tetapi bank pusat bersedia untuk menyediakan langkah tambahan rangsangan untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat