‘Hint’ Dari RBNZ Bikin Gempar!

305

Pengumuman terbaru Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada hari Rabu telah mengejutkan pasaran setelah ia buat julung kalinya memberi isyarat akan meningkatkan kadar faedah lebih cepat dalam mesyuarat sesi Mei.

Dalam unjuran kadar faedah yang diterbitkan untuk pertama kalinya dalam tempoh lebih satu tahun, bank pusat telah membuat ramalan bahawa kadar faedah akan mula dinaikkan pada September 2022.

Perkhabaran ini telah disambut baik oleh pasaran dan memacu lonjakan dolar New Zealand untuk didagangkan lebih tinggi walaupun US dolar kembali bangkit berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Walau bagaimanapun, menurut jawatankuasa dasar monetari RBNZ, sebarang kenaikan dalam kadar faedah adalah bergantung kepada ekonomi yang berkembang seperti diharapkan.

Buat masa ini, RBNZ memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.25% dan program pembelian aset berskala besar (LSAP) pada NZ$100 bilion.

Sementara itu, momentum pengukuhan dolar New Zealand dikuatkan lagi dengan kenyataan terbaru daripada Gabenor Adrian Orr pada hari ini, yang mengatakan bahawa keadaan dasar monetari semasa akan kembali normal pada tahun depan jika prospek ekonomi berkembang seperti yang diharapkan.

Orr turut mengatakan bahawa bank menyaksikan inflasi berada di atas julat titik pertengahan dalam jangka pendek, memuncak pada 2.6%, tetapi risiko harga akan berkurang dan inflasi akan bergerak secara berterusan ke sasaran titik pertengahan dalam jangka masa yang diunjurkan.

Beliau juga memberitahu bahawa ujuran positif oleh bank pusat didorong oleh keyakinan terhadap pelancaran vaksin di seluruh dunia dan penurunan mendadak dalam risiko kesihatan akibat COVID-19.

Orr berkata program LSAP atau pelonggaran kuantitatif, akan terus dilanjutkan pada kadar semasa sehingga jangka masa berakhir pada bulan Jun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat