‘Hint’ Terkini Dari BOC Mengenai Kadar Faedah Buatkan Pasaran Berjaga-jaga!

665

Bank of Canada (BOC) sebentar tadi telah memberi isyarat bahawa BOC boleh menaikkan kadar faedah tiga bulan lebih awal daripada ramalan sebelumnya dan dalam masa yang sama memberi amaran bahawa inflasi akan kekal di atas sasaran untuk sebahagian besar tahun 2022 disebabkan oleh harga tenaga yang lebih tinggi dan kekurangan bekalan.

BOC mengambil langkah untuk mengekalkan kadar faedah semalaman utamanya pada 0.25%, seperti yang dijangkakan, dan menyatakan akan menamatkan program pembelian bon. Dalam masa yang sama memberi penekanan bahawa ekonomi Kanada masih bertumbuh dengan kukuh, kadar vaksinasi Covid-19 yang tinggi dan pertumbuhan dalam sektor pekerjaan.

Gabenor BOC mengatakan ‘ekonomi Kanada sekali lagi berkembang dengan kukuh” dan ‘kemerosotan ekonomi pada tahun ini akan diserap pada pertengahan tahun 2022’.

Walaubagaimanapun, BoC mengurangkan prospek pertumbuhan ekonomi Kanada tahun ini kepada 5.1% daripada 6.0%. Pertumbuhan perlahan kerana gangguan rantaian bekalan.

Bank pusat menjangkakan inflasi utama kekal di atas julat kawalan 1%-3% untuk lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini. BoC meramalkan inflasi pada 4.8% bagi suku keempat tahun ini kemudian susut kepada 2.1% pada suku keempat 2022.

Gangguan rantaian bekalan dijangka akan dapat diatasi sepenuhnya pada suku keempat tahun hadapan. Permintaan asing yang kukuh akan memacu pemulihan eksport yang kukuh, manakala pelaburan perniagaan di luar sektor minyak dan gas akan meningkat apabila kekangan bekalan berkurangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat