Hooray! ETH Sambut Ulang Tahun Ke-8 Bersama Komuniti Kripto!

107

“Selamat hari jadi ETH, semoga dapat berkembang lagi pada masa hadapan.”

Komuniti mata wang kripto berkumpul dalam keadaan gembira untuk meraikan ulang tahun ke-8 rangkaian Ethereum (ETH) yang telah berjaya dilancarkan secara rasmi oleh Yayasan ETH pada 30 Julai 2015.

ETH yang berkembang menjadi kripto kedua terbesar telah mempunyai modal pasaran bernilai $225 bilion pada masa ini seterusnya memiliki lebih 1,900 pembangun aktif bulanan.

Selain berkongsi kenangan indah dan melihat semula harga, pembangunan serta pertumbuhan keseluruhan sejak penubuhannya, majlis itu yang dihoskan oleh Bankless bersama Ryan Sean Adams telah mendedahkan beberapa perkara.

Antaranya adalah ETH mempunyai $400 bilion dalam nilai terjamin, $3.6 bilion dalam keuntungan tahunan dan sejumlah 17.8 juta blok aset digital.

Suka dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) meraikan ulang tahun aset digital itu dengan menceritakan masa co-founder ETH Vitalik Buterin tinggal bersamanya di Tokyo beberapa bulan sebelum pelancaran ETH.

Bukan itu sahaja, Udi Wertheimer yang turut meraikan majlis itu telah menyertakan sedikit jenaka dengan merujukkan rangkaian ETH sebagai sidechain BTC kegemarannya.

ETH yang membenarkan pembangun bina kontrak pintar dan aplikasi berasaskan blockchain baharu telah menjadi penting untuk tawaran syiling permulaan (ICO) pada akhir tahun 2017 termasuk protokol serta pembangunan kewangan decentralized (DeFi).

Pada 15 September 2022, ETH berjaya melaksanakan naik taraf daripada Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS) untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan membenarkan validator serta pelabur melakukan staking.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa ETH telah mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa melepasi $4,878 pada 10 November 2021, tetapi mula turun secara perlahan-lahan apabila kini harganya berada pada $1,866.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat