Huawei: China Akan Bertindak Balas Terhadap Sekatan Yang Dikenakan Amerika Syarikat?

696

Di tengah-tengah kemelut penularan wabak Covid-19, syarikat teknologi gergasi China, Huawei telah mengeluarkan kenyataan amaran bahawa tahun 2020 akan menjadi tahun paling sukar buat syarikat Huawei berikutan sekatan perdagangan Amerika Syarikat. Dimana sekatan ini telah memberi kesan terhadap jualan luar negara pada tahun 2019 dan dalam masa yang sama menyatakan ramalan bahawa kerajaan China akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat.

Amaran ini dikeluarkan selepas, Huawei melaporkan pertumbuhan keuntungan tahunan yang paling lemah dalam tiga tahun. Selain itu, Huawei juga menyatakan bahawa terdapat kemungkinan bahawa Beijing akan membuat tindakan balas terhadap Amerika Syarikat kerana telah menyekat penjualan cip ke Huawei.

Pada bulan Mei tahun lalu, Amerika Syarikat telan mendakwa kerajaan China telah menggunakan peralatan Huawei untuk mengintip,namun tuduhan itu disangkal oleh syarikat Huawei sendiri,

Susulan dakwaan tersebut, Amerika Syarikat telah menyenarai hitamkan syarikat Huawei pada Mei tahun lalu dengan mengambil kira kebimbangan keselamtan negara. Selain itu, Pentadbiran A.S juga menyediakan langkah-langkah lanjut bagi menghalang pembekalan cip kepada syarikat itu sebagaimana menurut laporan Reuters.

Huawei telah memberi respon balas iaitu jika A.S boleh bertindak sedemikian maka Huawei dan syarikat China lain boleh memilih untuk membeli chipset dari Korea, Taiwan ataupun China.

Walaubagaimapun, Huawei meramalkan tahun 2020 akan menjadi tahun yang paling sukar bagi syarikat tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat