Hubungan Australia-China Tambah Tegang, Pembaca Berita Jadi ‘Korban’

574

China nampaknya terus melakukan ‘tindakan permusuhan’ apabila bertindak menahan seorang pembaca berita warga Australia yang bekerja di stesen penyiaran CGTN di negara itu pada dua minggu lalu.

Kementerian Luar Australia memaklumkan pembaca berita berkenaan, Cheng Lei ditahan dibawah pengawasan di sebuah lokasi yang ditetapkan oleh China.

Kerajaan Australia diberikan makluman mengenai penahanan Lei pada 14 Ogos lalu.

“Kerajaan Australia berhubung dengan Lei yang berada di pusat tahanan menerusi panggilan video pada 27 Ogos lalu dan akan terus memberikan bantuan serta sokongan kepada keluarganya,” kata kenyataan kementerian.

Lei dikatakan mempunyai dua anak di Asutralia dan rakan-rakan serta keluarganya tidak mendengar khabar Lei sejak beberapa minggu lalu.

Menurut laporan BBC, Lei telah bekerja selama lapan tahun di CGTN dan mengendalikan rancangan berkaitan bisnes global. Sebelum ini, beliau bertugas sebagai koresponden China di CNBC Asia.

Selepas penahanannya itu, profil Lei dalam laman sesawang CGTN telah dipadam bersama-sama beberapa artikelnya.

Beijing bagaimanapun masih belum mengesahkan status penahanan Lei.

Pada Januari tahun lalu, China menahan seorang penulis berbangsa China-Australia, Yang Hengjun yang didakwa membahayakan keselamatan nasional Beijing. Beliau masih ditahan sehingga kini.

Hubungan antara Australia dan China kian tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas Australia menggesa siasatan rasmi dijalankan terhadap punca coronavirus di China.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat