“Adakah harga BTC jatuh untuk buat kenaikan lebih tinggi?”
Sejurus selepas mencapai $31,800 susulan kemenangan Ripple (XRP) dalam Summary Judgement yang paling dinanti-nantikan, harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) malangnya menjunam semula sehingga paras $29,940 pada 14 Julai 2023.
Memang tidak dinafikan XRP melonjak dua kali ganda daripada harga semasanya sebelum ini, tetapi perlu diketahui Stellar (XLM) berjaya raih 107% dalam masa kurang 24 jam manakala Cardano (ADA) turut naik secara besar-besaran.
Bagaimanapun, positions bernilai $473 juta telah dicairkan selepas beberapa jam Hakim Analisa Torres mengumumkan XRP bukanlah sekuriti.
Menerusi pemerhatian, kecairan besar-besaran short termasuk long telah tercetus pada 13 dan 14 Julai 2023, di mana kali terakhir peristiwa sebegitu terjadi adalah pada bulan lepas iaitu antara 5 hingga 10 Jun 2023.
Antara beberapa punca pergerakan seluruh pasaran kripto menyaksikan penurunan semula adalah disebabkan tinjauan pasaran yang menyusut sebelum pengumuman keputusan saman XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).
Selain itu, SEC mungkin akan menggunakan keputusan Summary Judgement tersebut di mahkamah rayuan kedua susulan pengawal selia Amerika Syarikat (AS) sehingga kini masih percaya aset digital itu adalah sekuriti.
Malah dapat dilihat juga bahawa harga kripto yang membuat lonjakan drastik akan tergelincir semula selepas sesuatu gembar-gembur tersebut hilang.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.24% pada paras $30,253 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $587 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 0.63% sepanjang minggu lepas.