Hyundai-Sime Darby Motor Lancar Kereta Eletrik Pertamanya

362

Hati-hati Myvi, ada king baru nak masuk Malaysia ni!

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah melancarkan kereta eletrik (EV) pertamanya yang diberi nama ‘Hyundai Kona Eletric’.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut bertarikh 23 November, mereka menyatakan terdapat 3 variasi EV yang dikeluarkan dan boleh dipilih antaranya:

  • Kona Eletric (e-Lite) yang dilengkapi bateri 39.2-kWH dengan 7.2 kW onboard charge (OBC)
  • Kona Eletric Plus (e-Plus) yang dilengkapi bateri 39.2-kWH dengan 11 kW OBC
  • Kona Eletric Max (e-Max) yang dilengkapi bateri 64-kWH dengan 11kW OBC

Pengarah urusan runcit dan pengedaran Sime Darby Malaysia, Jeffrey Gan berkata pelancaran Kona Electric adalah respon Sime Darby Motor kepada permintaan EV yang meningkat.

Tambahnya lagi, ia mencerminkan stategi mereka untuk menjadi pemboleh utama peralihan kepada EV sebagai elemen penting dalam usaha penyahkarbonan industri automotif selain menyokong dorongan kerajaan untuk beralih ke arah mobiliti rendah karbon seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022.

Sementara itu, pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata pelancaran Kona Electric tersebut akan memenuhi keperluan pelanggan yang menyasarkan gaya hidup yang mementingkan alam sekitar di samping memastikan keselesaan, keselamatan dan kemudahan dalam perjalanan seharian mereka.

Dalam pada itu, harga sebuah Kona Electric bermula daripada RM149,88 yang sepenuhnya dikecualikan daripada duti import dan eksais, cukai jualan serta cukai jalan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022.

Kona Eletric bakal berada dalam pasaran pada suku pertama 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat