IKEA Malaysia Ke-4 Di Pulau Pinang Bakal Dibuka Tahun 2019

461

Pada 12 September lalu, syarikat perabot besar dari Sweden IKEA mengadakan majlis pecah tanah untuk cawangan baru mereka di Batu Kawan, Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan sebanyak RM600 juta.

Pemilik rantaian kedai perabot dari Sweden semalam berkata cawangan IKEA terbaru akan mula dibuka pada tahun 2019, dengan jarak perjalan hanya sekitar satu jam setengah untuk 825,000 penduduk di Pulau Pinang.

Pengarah pengurusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer berkata, “Jarak IKEA ini akan memudahkan jutaan manusia untuk mendapatkan ribuan jenis perabot yang murah, termasuk bebola daging Swedish kami”.

“Kami pernah lihat penduduk dari Pulau Pinang memandu sehingga 350 km ke cawangan IKEA kami di Kuala Lumpur. Oleh itu, cawangan baru di Batu Kawan akan memudahkan mereka untuk datang dan meluangkan masa mereka”, tambah beliau.

IKEA baru ini merupakan sebahagian daripada projek pembanguan Aspen Vision City (AVC) dengan perjanjian akan turut sama membangunkan Batu Kawan dengan kondominium, bangunan pejabat, taman dan sekolah.

Ketua menteri Pulai Pinang, Lim Guan Eng yang turut bersama dalam perasmian berkata, pembukaan cawangan baru ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat serta menarik lebih ramai pelancong dan pelabur baru.

IKEA Batu Kawan menjadi cawangan keempat IKEA di Malaysia, dengan pembukaan dua cawangan baru di Klang Valley dan Johor Bahru pada akhir tahun 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat