Ikut Jejak Kanada, Australia Batalkan Perjanjian Extradisi Dengan Hong Kong!

514

Susulan daripada tindakan Kanada membatalkan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong, pada hari ini, Australia mengumumkan untuk mengambil langkah yang sama sebagai tindak balas kepada undang-undang keselamatan baru yang dikenakan oleh China.

Perdana Menteri Scott Morrison mengumumkan perkara tersebut pagi ini dengan mengatakan perundangan baru itu telah melemahkan undang-undang asas dan tahap autonomi Hong Kong.

Keputusan ini dibuat selepas Menteri Luar Negeri daripada kumpulan perkongsian perisik, ‘The Five Eyes Group’ mengadakan perbincangan mengenai isu perundangan Hong Kong pada Rabu. Kumpulan tersebut terdiri daripada lima buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Australia dan New Zealand.

Susulan itu juga, kerajaan New Zealand mengeluarkan satu kenyataan pada hari ini bahawa pihaknya turut mempertimbangkan untuk mengambil langkah yang sama seperti Australia dan Kanada.

Selain itu, Australia juga menawarkan untuk melanjutkan visa selama lima tahun kepada kira-kira 10,000 warga Hong Kong yang kini berada di negara itu dan mereka yang menggunakan visa pelajar atau pekerjaan sementara akan ditawarkan peluang untuk penempatan tetap.

Sebelum ini juga UK turut menawarkan visa kepada kira-kira 3 juta warga Hong Kong dan menawarkan peluang kewarganegaraan. Malah, Kanada juga dikatakan mempertimbangkan perkara tersebut.

Jumaat lalu, Kanada telah mengumumkan untuk membatalkan perjanjian ekstradisi dengan wilayah itu, menjadikannya sebagai negara pertama yang memutuskan hubungan penguatkuasaan undang-undang dengan Hong Kong sejak China melaksanakan undang-undang tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat