IMF – Ini Cara Ampuh Untuk Tangani Isu Pengangguran Yang Semakin Membimbangkan!

277

IMF pada hari tampil memberi saranan dalam menangani isu pengangguran yang disebabkan penularan pandemik Covid-19. Menurut IMF, kerajaan harus meningkatkan pelaburan awam bagi mendorong ekonomi bertumbuh dengan lebih pantas.

Ekonomi global berada dalam tahap membimbangkan selepas krisis Covid-19 melanda dunia sehingga terpaksa mendorong beberapa sektor ekonomi seperti sektor perkhimatan untuk mengecilkan operasi. Ramai dalam kalangan rakyat khuatir meraka akan kehilangan pekerjaan dan pentadbiran mengalami peningkatan dalam hutang.

Pada Jun lepas, IMF meramalkan penguncupan sebanyak 4.9% dalam KDNK global bagi tahun 2020. Namun setakat ini dilihat, penguncupan akan lebih besar kerana kebanyakkan kerajaan mengalami gelombang jangkitan kedua. Atas dasar itu, IMF menyarankan kerajaan meningkatkan pelaburan awam untuk membantu pemulihan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan.

Untuk pasarn ekonomi maju, peningkatan pelaburan awam sebanyak 1% daripada KDNK akan mewujudkan 7 juta pekerjaan secara langsung dan 20-33 juta pekerjaan secara keseluruhan.Tambah IMF, peningkatan pelaburan awam menandakan komitmen sesebuah kerajaan terhadap pertumbuhan dan kestabilan ekonomi. Dalam masa yang sama ia juga memangkinkan pelaburan swasta juga.

Bagi negara-negara meminjam pula, harus merancang peningkatan pelaburan awam secara beransur-ansur dan memperuntukkan semula perbelanjaan semasa atau mencari sumber pendapatan baru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat