Impak Gelombang Kedua Covid-19 Di Eropah Telah Mula Berlaku Di Pasaran Kewangan!

624

Ancaman risiko gelombang kedua Covid-19 kembali menghantui Eropah setelah merekodkan lebih 900 kes baru setiap hari pada minggu lalu di Sepanyol, sekali gus mencetuskan kebimbangan dari negara-negara Eropah lain.

Hal ini telah menyebabkan negara-negara di seluruh Eropah mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka supaya tidak melakukan perjalanan ke Sepanyol. Kes jangkitan positif Covid-19 di Sepanyol telah meningkat sejak 16 Julai yang lepas.

Kementerian kesihatan Sepanyol telah mengesan lebih daripada 280 kes aktif di seluruh negara. Hampir 1,500 kes baru telah disahkan pada Sabtu iaitu lebih tinggi daripada 922 kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Saham-saham di Eropah terutamanya bagi saham pelancongan menunjukkkan kejatuhan di Bursa berikutan kekhuatiran pasaran terhadap peningkatan kes di rantau tersebut.

Sebanyak 16 saham pelancongan utama di Eropah jatuh lebih dari 3% selepas 1 jam bursa di buka. Beberapa pemimpin wilayah telah memilih melaksanakan kawalan lebih ketat di lapangan terbang.

Selain Sepanyol, negara seperti Luxembourg, Romania, Sweden dan Bulgaria adalah antara yang mencatat kes yang tertinggi dalam tempoh 14 hari.

Penganalisis berpendapat kekhuatiran terhadap gelombang kedua Covid-19. Setakat ini masih mustahil untuk menjangkakan sampai bilakah Covid-19 akan terus menular di sekitar Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat