Impak Inflasi AS, Emas Tembus Langit $1,900!

756

Emas menambah keuntungan dengan meningkat lebih tinggi, disokong oleh US dolar yang lemah dan jangkaan kadar faedah lebih perlahan oleh Federal Reserve (Fed).

Inflasi Amerika Syarikat terus menunjukkan tanda-tanda harga semakin mereda dengan meningkat 6.5% pada bulan Disember, turun daripada 7.1% yang dicatatkan pada November.

Ini merupakan penurunan keenam berturut-turut buat inflasi AS dari kemuncak 9.1% pada Jun, dan terendah sejak Oktober 2021.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker dan Fed Atlanta Raphael Bostic masing-masing melihat kemungkinan untuk bank pusat itu melaksanakan kenaikan 25 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Rentetan daripada data dan kenyataan tersebut, dolar greenback menyusut lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus melemah.

Emas pula mendapat dorongan untuk mencapai puncak ketinggian terbaharu pada $1,900 per auns, paras yang tidak pernah dilihat sejak April 2022.

Walaupun emas biasanya dianggap lindung nilai inflasi, namun sebarang perubahan dalam dasar monetari bank pusat boleh  mempengaruhi dagangan logam berharga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat