Indeks Dow Jones Menjunam 800 Mata, Petanda Krisis Kemelesetan Ekonomi?

528

Pasaran saham Amerika Syarikat menerima tamparan hebat apabila indeks Dow Jones menjunam lebih daripada 800 mata. Ini susulan daripada pasaran bon yang buat pertama kalinya dalam dekad ini memberi gambaran awal tentang krisis kemelesetan ekonomi yang bakal berlaku.

Peratusan bagi 10-tahun bon Perbendaharaan jatuh di bawah 1.6% semalam, melebihi 2-tahun bon Perbendaharaan dan perkara ini merupakan kali pertama terjadi sejak tahun 2007.

Hal ini menyebabkan ramai pelabur beralih arah ke pasaran bon dan memberi impak kepada pasaran saham. Indeks Dow Jones jatuh 800.49 mata kepada 25,479.42 mata, S&P 500 turun 85.72 mata kepada 2,840.60 mata manakala Nasdaq susut 242.42 mata kepada 7,773.94 mata.

Saham popular yang turut mengalami penurunan termasuklah Facebook (-4.64%), Apple (-2.98%), Disney (-3.04%), Tesla (6.54%) dan Netflix (-4.22%).

Antara punca lain pelabur beralih arah adalah kerana situasi ekonomi di Jerman yang dilihat kurang meyakinkan apabila mengecut pada suku kedua. Juga, industri penghasilan di China yang tumbuh pada kadar yang paling lemah dalam tempoh 17 tahun.

Bon kerajaan yang diklasifikasikan sebagai tempat yang paling selamat untuk melabur menjadi tumpuan kepada para pelabur yang khuatir tentang situasi ekonomi yang tidak menentu. Pasaran saham dilihat lebih berisiko kerana pergerakannya menjadi lebih tidak menentu ketika ekonomi mula menunjukkan penurunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat