Laporan kajian soal selidik Caixin yang menumpukan pada syarikat pembuatan kecil dan sederhana di China yang dikeluarkan pada hari ini melebihi jangkaan.
Pengeluaran kilang merekod bacaan tertinggi 13 bulan lalu. Indeks tempahan pengurus Caixin/Markit mencatat bacaan 51.5 pada bulan Januari.
Bacaan ini melebihi jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 51.3 namun selari dengan bacaan pada bulan sebelumnya. Bacaan yang melebihi 50 membawa indikasi pertumbuhan.
Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan pekerjaan baru dan jualan eksport baru.
Menurut pakar ekonomi, industri pebuatan menunjukkan permulaan yang positif pada tahun 2018. Walaubagaimanapun, perhatian harus ditumpukan pada sisi permintaan.