Indeks ZEW Sentimen Ekonomi Jerman Jatuh Merundum? Ini Situasi Terkini Para Pelabur Jerman!

250

Para pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi Jerman yang perlahan dan kembimbangan wabak koronavirus di China yang akan menganggu perdagangan global.

Indeks jangkaan berdasarkan kajian selidik ZEW mendapati bacaan untuk 6 bulan akan datang berkurangan kepada paras bacaan 8.7 pada bulan Februari. Bacaan ini adalah bacaan anggaran yang terendah walaupun dibanding oleh hasil kajian Bloomberg. Kajian selidik tersebut menunjukkan keyakinan para pelabur kian pudar bahawa ekonomi terbesar di Eropah iaitu Jerman dapat membendung kemelesetan yang dihadapi dalam sektor pembuatan yang telah berlaku sejak lebih dari setahun.

Menurut Presiden ZEW, Achim Wambach dalam satu kenyataan beliau bahawa pembangunan ekonomi Jerman agak rapuh pada masa ini. Dalam masa yang sama prospek untuk sektor intensif eksport telah merosot dengan banyak akibat penularan wabak koronavirus.

Disisi lain, Bundesbank juga mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin bahawa tidak ada tanda-tanda bahwa momentum pertumbuhan ekonomi Jerman akan meningkat pada suku pertama selepas hanya mampu mendatar pada akhir tahun 2019.

Bundesbank juga berpendapat bahawa penularan wabak koronavirus sebagai risiko yang beri impak buruk bagi Jerman dan syarikatnya kerana China merupakan salah satu pasaran penting dan bahagian penting dalam rantaian bekalan perkilangan. Walaubagaimanapun, permintaan domestik dan pembinaan masih terus menyokong perkembangan ekonomi sekarang.

Laporan ZEW juga menunjukkan jangkaan bahawa kawasan Eropah akan bertambah buruk. Ketua Bank Pusat Eropah, Philip Lane juga mengatakan ekonomi rantau ini terdapat kemungkinan mengalami “kejutan jangka pendek yang serius”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat