India Akan Mencatat Pertumbuhan Ekonomi Terpantas Pada Tahun 2018 – IMF

464

Berdasarkan laporan World Economic Outlook (WEO) yang dikeluarkan pada hari Isnin, International Monetary Fund (IMF) menjangkakan ekonomi India akan bertumbuh sebanyak 7.4% pada tahun 2018 .

Manakala China dijangka akan bertumbuh 6.8%. Hal ini membuatkan India menjadi negara yang akan mencatat pertumbuhan terpantas berbanding negara lain pada tahun 2018.

IMF juga berpendapat ekonomi India akan terus berkembang pada tahun 2019 dan akan mencatat pertumbuhan sebanyak 7.8% pada tahun tersebut.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2017 ekonomi India betumbuh sedikit perlahan, sekadar mencatat pertumbuhan pada kadar 6.7% berikutan perlaksanaan cukai Goods and Services Tax (GST) dan pemansuhan beberapa polisi monetari (demonetization).

Negara maju dan membangun di Asia pula dijangka akan mencatat pertumbuhan 6.5% pada tahun 2018 dan 2019.

India akan menjadi negara Asia yang mencatat pertumbuhan terbesar. Ekonomi china merangkumi 1/3 pertumbuhan ekonomi dunia. Jepun sudah mencatat peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi secara berterusan dalam beberapa suku ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat