India Umum Pengujian CBDC Rupee Digital Disember Ini

213

India mengumumkan akan mulakan pengujian matawang digital bank pusat (CBDC), rupee digital selewat-lewatnya pada Disember 2021.

Dilaporkan bank pusat India ketika ini masih lagi mengkaji isu-isu berkaitan dengan keselamatan dan kesan CBDC pada skop yang lebih luas terutama dari aspek dasar monetari.

Bagaimanapun, menurut gabenor Reserve Bank of India (RBI), Shaktikanta Das, pihak mereka masih belum membuat keputusan CBDC terhadap penggunaan teknologi blockchain atau sistem berpusat

Sebelum ini timbalan gabenor RBI, T. Rabi Sankar, pernah menekankan kepentingan rupee digital akan membantu pengurangan penggunaan tunai dan paling utama, melindungi pengguna daripada ketidakstabilan harga matawang kripto.

Tetapi, jika penduduk India lebih tertarik dengan wang tunai, maka agak sukar untuk rupee digital menerima populariti selayaknya.

Apabila menyentuh tentang CBDC, tidak dapat disangkal lagi China mendahului perlumbaan ini dengan beberapa pengujian terhadap yuan digital telah dilaksanakan sejak hujung 2020.

China diikuti Korea Selatan dan Sweden, manakala Amerika Syarikat (AS) masih lagi berbelah bahagi berkaitan penerbitan CBDC. Bank of Ghana dan Thailand telah memilih penyedia perkhidmatan bank pusat Jerman, G+D bagi pengujian CBDC yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat