Indikator Ekonomi Suram, Syarikat Teknologi Terpaksa Kurang Ambil Pekerja

372

‘Prospek ekonomi teruk jadi syarikat terpaksa ambil langkah drastik untuk survive.’

Rentetan daripada lonjakan pada kadar faedah dan kelemahan dalam perbelanjaan pengguna, Apple Inc serta Amazon.com Inc menjadi antara syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa menghentikan pengambilan pekerja.

Menurut naib Presiden kanan Pengalaman Pengguna dan Teknologi Amazon, Beth Galetti, syarikat akan membekukan proses pengambilan pekerja bagi memberi ruang untuk menyelaraskan ‘persekitaran makro ekonomi’ semasa.

Tambahnya, syarikat akan melakukan proses pengambilan secara teratur dan ‘diperlukan’ sahaja untuk tahun depan.

Turut melakukan tindakan serupa, Apple difahamkan akan menghentikan pengambilan pekerja di semua bahagian selain pejabat pembangunan dan penyelidikan bagi mengurangkan kos menuju tahun depan.

Perkara tersebut sudah diramalkan oleh pasaran berdasarkan laporan pendapatan korporat syarikat yang menggariskan pertumbuhan akan melemah pada musim sejuk iaitu suku terakhir tahun ini.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat, Apple akan meneruskan pengambilan pekerja namun ‘berdasarkan situasi ekonomi semasa’ akan terdapat banyak perubahan yang dilakukan bagi menyelaraskan perniagaannya.

Umumnya, syarikat-syarikat teknologi kini giat melakukan pembuangan atau pembekuan pekerja ekoran ketidaktentuan ekonomi yang bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan syarikat malah negara.

Selain Apple dan Amazon, Twitter yang baru dibeli oleh Elon Musk juga mengalami pemberhentian pekerja secara besar-besaran malah syarikat dari sektor lain seperti Lyft Inc, Chime Financial Inc dan Stripe Inc turut melakukan perkara sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat