Indonesia Ingin Haramkan Penggunaan Kripto?

1,663

Sejak akhir-akhir ini kita telah menyaksikan perkembangan yang ketara dalam industri kripto, dimana kripto mula mendapat pengiktirafan dalam kalangan negara. Walaupun begitu, tidak semua pihak menyenangi dan menyetujui tindakan yang dilakukan.

Terbaru, pihak berkuasa Indonesia memutuskan bahawa mereka tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan kelas aset baru yang sedang berkembang itu.

Berdasarkan laporan terkini, gabenor bank pusat Indonesia, Perry Warjiyo menegaskan bahawa penggunaan kripto sebagai kaedah pembayaran di negara itu tidak akan dibenarkan lagi. Warjiyo membuat pernyataan tersebut dalam salah satu seminar diadakan pada hari Selasa yang memperingatkan agar semua perkhidmatan kewangan agar berhenti menerima kripto sebagai alat pembayaran dari pelanggan mereka.

Beliau menegaskan bahawa larangan penggunaan kripto sebagai alat transaksi itu bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah termaktub dalam undang-undang yang telah sedia ada.

Warijaya berpendapat bahawa kripto bukanlah instrumen pembayaran yang sah berdasarkan undang-undang Bank Indonesia dan undang-undang matawang. Justeru bagi menangani isu ini, Bank Indonesia akan menugaskan para pegawai untuk memeriksa dan memantau aktiviti institusi-institusi kewangan.

Dapat disimpulkan bahawa Bank Indonesia tidak selesa untuk membenarkan penggunaan kripto kerana sifat ‘volatility’ yang tinggi, namun menunjukkan minat untuk menerbitkan matawang kripto bank pusat (CBDC).

Penerbitan CBDC akan membolehkan bank pusat memiliki pengawalan terhadap pasaran tersebut dan boleh menggariskan peraturan yang jelas.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat