Indonesia Negara Pertama Bakal Lancarkan Exchanger Kripto Disokong Kerajaan!

308

“Pantas betul negara jiran ni ambil peluang, tak pernah ketinggalan di belakang.”

Kementerian Perdagangan Republik Indonesia akhirnya bakal melancarkan platform exchanger mata wang kripto pertama di dunia disokong oleh kerajaan menjelang bulan Jun 2023.

Dilaporkan bahawa kerajaan sedang berada dalam proses untuk menentukan syarikat yang dapat memenuhi setiap keperluan bagi menyertai exchanger kripto tersebut.

Hal ini kerana lima syarikat exchanger kripto sahaja didapati berpontensi berbanding 25 syarikat lain yang telah mendaftar dengan Agensi Kawal Selia Dagangan Hadapan Komoditi sebagai pedagang aset digital.

Ujar Menteri Perdagangan Zulkifli Hasan, beliau memohon kepada semua rakyatnya untuk bersabar sehingga tarikh pelancaran ditetapkan selepas kerajaan baru-baru ini menarik balik sekatan ke atas lesen exchanger kripto baharu itu.

Tambahnya lagi, pasaran kripto yang semakin pulih akan memudahkan lagi pelaksanaan exchanger kripto tersebut yang kini berada dalam fasa pembangunan.

Zulkifli turut berkata bahawa perancangan ini tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru susulan ia mampu memberi impak negatif secara besar-besaran sekiranya tidak bersedia ataupun berhati-hati.

Malah pelancaran exchanger kripto tersebut juga mampu membawa sejumlah kerugian besar walaupun Persatuan Pedagang Aset Kripto Indonesia menyatakan inisiatif itu akan memberi keuntungan lumayan.

Meskipun begitu, Kementerian Perdagangan akan sedaya upaya menambah baik peraturan dan lain-lain berkaitan aset digital supaya situasi seperti krisis FTX tidak berulang sekali lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat