Industri Penerbangan Sedang Gawat – Adakah Trump Akan Umumkan Perintah Eksekutif?

252

Impak penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan banyak industri terkesan antara yang paling terkesan adalah industri penerbangan. Banyak syarikat dalam industri penerbangan telah mula mengurangkan pekerja mereka bagi mengurangkan kos sedia ada.

Ketua Kakitangan Rumah Putih Mark Meadows pada hari Rabu telah memberi sedikit ulasan mengenai hal ini. Menurut beliau, Presiden Donald Trump boleh mengambil langkah eksekutif untuk mengelakkan pembuangan pekerja secara besar-besaran dalam syarikat penerbangan A.S sementera perbincangan rang undang-undang ransangan Covid-19 yang baru diteruskan.

Tambah beliau, jika rangsangan dana baru oleh Kongres belum mendapat kepastian, Trump boleh mengumumkan perintah eksekutif yang lain buat semantara waktu ini bagi membantu syarikat penerbangan dan mencegah pengurang pekerja.

Pada hari Selasa, American Airlines telah mengumumkan bahawa tenaga kerja mereka akan dikurangkan sebanyak 40,000 pekerja termasuk 19,000 pemotongan gaji secara sukarelah pada bulan Oktober.

Meadow turut menyatakan bahawa isu ini telah dikemukan dan berharap dana bantuan dapat menanganinya. Perbincangan antara Meadows, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin, Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi dan pemimpin Demokrat Senat Chuck Schumer telah berakhir pada awal bulan Ogos. Dimana Demokrat dan pemerintahan tertinggi berselisih pendapat dengan undang-undang baru.

Meadows turut menyatakan bahawa beliau tidak optimis bahawa rundingan tersebut akan dimulakan dalam masa terdekat.
 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat