Inflasi AS Makin Tinggi, Tapi Reaksi USD Tak Seperti Diharapkan?

725

US dolar memperpanjangkan kerugian selepas data inflasi Amerika Syarikat menepati jangkaan, mengurangkan kebimbangan bahawa Federal Reserve (Fed) perlu melaksanakan rancangan pengetatan yang lebih agresif.

Inflasi tahunan AS menepati ramalan dengan kenaikan 7% dan secara bulanan, indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.5% pada Disember. Peningkatan ini adalah yang terpantas sejak Jun 1982.

Walaupun begitu, peningkatan ini gagal merangsang US dolar untuk meningkat, sebaliknya raja mata wang itu mencatatkan penurunan lebih rendah.

Penyusutan ini nyata mengelirukan pelabur memandangkan Fed sudah bersedia untuk mula menamatkan program pembelian bon dan menaikkan kadar faedahnya bagi mengekang inflasi.

Kemerosotan ini mungkin dipengaruhi oleh pelabur yang ingin mendapatkan posisi US dolar pada harga rendah sebelum ia meningkat semula.

Namun, kekecewaan daripada kenyataan Pengerusi Jerome Powell pada Selasa juga dilihat antara punca menyebabkan mata wang gergasi itu lemah.

Walaupun mengakui ekonomi AS bersedia untuk kadar lebih tinggi dan pengetatan kuantitatif bagi perangi inflasi, tetapi beliau mengatakan penggubal dasar masih membahaskan pendekatan untuk kurangkan balance sheet mereka yang boleh mengambil masa sehingga tiga atau empat mesyuarat untuk mencapai keputusan sedemikian.

Perhatian pasaran kini beralih kepada penerbitan data harga pengeluar AS pada sesi New York, yang dijangka akan menunjukkan bacaan sedikit lemah pada Disember berbanding sebelumnya.

Ketika penulisan, indeks dolar susut ke paras terendah dua bulan berbanding kebanyakan mata wang utama dengan didagangkan pada sekitar harga 95.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat