Inflasi China Catat Kenaikan Tertinggi Dalam Tempoh 8 Tahun, Pergerakan Matawang Kembali Aktif

368

Pengukuhan US dolar selepas disokong oleh laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat dibataskan oleh kebimbangan terhadap coronavirus yang kembali menjadi ancaman kepada sentimen pasaran.

Pada Januari, Amerika Syarikat telah menambah sejumlah 225,000 pekerjaan daripada kenaikan 145,000 pada Disember, malah jauh lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk menambah 160,000 pekerjaan.

Malangnya, kadar pengangguran yang dijangka kekal pada 3.5%, dicatatkan meningkat kepada 3.6% manakala purata pendapatan setiap jam pula hanya meningkat 0.2% berbanding jangkaan untuk kenaikan 0.3%.

Bacaan ini kembali menimbulkan pertimbangan semula pelabur terhadap tanda-tanda yang menyatakan pekerjaan di A.S adalah kukuh.

Angka kematian disebabkan coronavirus terus mencatatkan peningkatan dengan korban sebanyak 908 orang manakala jumlah kes jangkitan disahkan meningkat kepada 40, 171.

Turut menambah kebimbangan adalah kemunculan wabak selesema burung H5N6 pula dilaporkan di wilayah Sichuan, China. Namun, setakat ini masih tiada kes yang melibatkan jangkitan terhadap manusia direkodkan.

Matawang Asia, dolar New Zealand yang didagangkan menyusut ke paras terendah 2 bulan berbanding USD, mula menunjukkan peningkatan pada awal dagangan sesi Asia.

Dolar Aussie pula kembali meningkat berbanding USD, disokong oleh data inflasi China pada bulan Januari yang mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh 8 tahun dengan kenaikan 5.4% daripada 4.5% pada bulan sebelumnya.

Dolar euro yang menerima tekanan akibat pengukuhan US dolar, terus menyusut ke paras terendah 4 bulan, dilemahkan oleh data pengeluaran perindustrian Jerman yang diterbitkan Jumaat lalu mencatat penurunan terbesar dalam tempoh 11 tahun.

Matawang pound pula diniagakan menghampiri paras terendah sejak November berbanding USD ekoran kekhuatiran terhadap kemungkinan UK dan Kesatuan Eropah (EU) gagal mencapai perjanjian perdagangan dalam tempoh 11 bulan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat