Inflasi Terus Gugat Pasaran Saham, Saham Teknologi Masuk Fasa Pembetulan

340

Pasaran saham dalam trend menurun ekoran kenaikan harga minyak mentah yang terus meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi walaupun hasil bon berkurang sedikit dari paras tertinggi berbilang tahun.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.96%, S&P 500 susut 0.97% dan Nasdaq Composite turun 1.15%.

Nasdaq memasuki fasa pembetulan harga sejak ditutup rendah melebihi 10% daripada rekod penutupan tertinggi pada 19 November apabila pelabur berterusan bimbang mengenai kenaikan kadar faedah yang lebih pantas oleh Federal Reserve (Fed) yang telah menyebabkan penjualannya.

Indeks meluas STOXX 600 Eropah naik 0.23% namun indeks meluas MSCI seluruh dunia jatuh 0.75% pada sesi penjualan Wall Street.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun jatuh 0.4% apabila saham teknologi mengalami kerugian di Eropah dan Wall Street.

Indeks saham utama Australia susut 1% sementara Nikkei Jepun junam paras 3 bulan terendah dengan kebimbangan terhadap sekatan baru pada perniagaan bagi membendung kes koronavirus.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) cecah paras tertinggi 2 tahun pada 1.047% atau kenaikan 7 mata asas sementara hasil 10 tahun Jerman tembusi kawasan positif buat kali pertama sejak Mei 2019 apabila pelabur berharap penggubal dasar akan mengekang rangsangan bertahun-tahun bagi melawan kenaikan harga.

Indeks dolar jatuh 0.14% pada 95.579 sementara Euro naik 0.16% pada US$1.1343 dan Yen Jepun turun 0.29% pada US$114.2800.

Niaga hadapan minyak Brent naik 93 sen pada US$88.44 setong sementara niaga hadapan minyak mentah AS tambah US$1.53 pada US$86.96 setong.

Niaga hadapan emas AS naik 1.7% pada US$1,843.20 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat