Inflasi UK Buat Hal Lagi, Ketua Ekonomi (BoE) Beri Amaran!

494

Ketua ekonomi Bank of England (BoE) menyatakan paras tinggi inflasi di UK pada ketika ini dijangka kekal lebih lama daripada apa yang dijangkakan. Hal ini meningkatkan lagi spekulasi bahawa kadar faedah akan naik lebih cepat.

Dalam pernyataan umum pertamanya sejak menjawat jawatan Ketua ekonomi BoE mengatakan bahawa inflasi yang meningkat akan memaksa BOE untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat. Data terbaru membuatkan pandangan lama BoE semakin lemah yang menyatakan kenaikan harga hanyalah sementara. Harga pasaran hampir sepenuhnya dalam kenaikan kadar 15 mata asas pada akhir tahun.

“Pada pandangan saya, keseimbangan risiko saat ini beralih ke kebimbangan besar mengenai prospek inflasi, kerana lonjakan inflasi saat ini sepertinya terbukti lebih tahan lama daripada yang dijangkakan pada awalnya,” tulis Pill.

Pill, yang dilantik pada bulan lalu, memilih untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat bulan September. Para penggubal dasar pada ketika itu berhasrat untuk menaikkan prospek kenaikan kadar faedah seawal bulan November untuk mengekang lonjakan inflasi.

Dalam masa yang sama, Pill juga menyatakan bahawa ekonomi UK belum kembali tahap pra-pandemik. Justeru dasar monetari harus digunakan secara optimum untuk mendukung aktiviti ekonomi.

Matawang GBP masih lagi mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar dengan didagangkan kukuh 0.08% pada paras dagangan 1.3591.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat