Inflasi UK Lebih Teruk Berbanding Negara Utama Lain- BOE Bailey

751

Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey tidak menolak kemungkinan untuk melaksanakan peningkatan 50 mata asas dalam kadar faedahnya pada mesyuarat akan datang, ketika bercakap di persidangan anjuran Bank Pusat Eropah (ECB) pada Rabu.

Namun, beliau juga mengingatkan pasaran untuk tidak menganggap ia adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada, selain turut menambah bahawa keputusan itu masih tinggal sebulan lagi.

Bank pusat itu telah meramalkan prospek permintaan yang lemah dan Bailey memberitahu ekonomi Britain kini sangat jelas berada pada titik perubahan dan mula perlahan.

Bagaimanapun, Bailey enggan mengaitkan prospek ekonomi yang semakin buruk dengan Brexit atau kejatuhan pound berbanding dolar AS tahun ini.

Namun, tambahnya, penyusutan nilai mata wang itu tidak mengejutkannya kerana ia mencerminkan prospek ekonomi UK yang lemah.

Ketua bank pusat England itu juga memberi amaran bahawa Britain akan mengalami serangan inflasi yang lebih teruk berbanding ekonomi utama lain akibat krisis tenaga semasa.

Dalam data inflasi terkini, beliau melihat perubahan dalam punca inflasi yang tinggi telah beralih daripada barangan kepada harga tenaga dan makanan akibat perang Rusia-Ukraine.

Beliau berkata inflasi akan berterusan pada paras yang lebih tinggi di UK, dengan jangkaan ia bakal melebihi 11% pada musim luruh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat