Inflasi UK kembali mengecewakan Bank of England (BOE) dengan angka yang kekal tinggi daripada jangkaan pada bulan Mei.
Data terbaru dari Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan bahawa indeks harga pengguna (CPI) UK tidak berubah pada 8.7% tahun ke tahun pada bulan lepas seperti yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Bagaimanapun, ia meleset daripada jangkaan pasaran untuk menurun lebih rendah kepada 8.4%.
Inflasi teras (tidak termasuk makanan dan tenaga) pula tanpa dijangka meningkat kepada 7.1% tahun ke tahun daripada 6.8%.
Hal ini sekali gus kembali memberi tekanan buat Bank of England (BOE) yang terus bergelut dalam memerangi inflasi dengan menaikkan kadar faedah.
Pelabur kini menguatkan jangkaan untuk kenaikan 25 mata asas dalam kadar faedah pada mesyuarat polisi BOE esok (Khamis).
Sementara itu dalam laporan berasingan, ONS mendedahkan bahawa hutang kerajaan meningkat melebihi 100% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) buat kali pertama sejak 1961.
Hutang bersih sektor awam, tidak termasuk bank yang dikawal oleh kerajaan, mencecah 2.567 trilion pound ($3.28 trilion), bersamaan dengan 100.1% daripada keluaran dalam negara kasar.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.