Ini 3 Kripto Meme Yang Sedang ‘Trending’ Di Amerika Syarikat!

2,583

Sejak akhir-akhir ini dapat disaksikan bahawa bahawa populariti terhadap Dogecoin semakin menurun, namun disisi yang berbeza kripto meme lain mula mendapat perhatian orang ramai terutama di Amerika Syarikat (A.S)

Berdasarkan data dari CoinMarketCap, kripto seperti Doge Killer, Baby Doge Coin dan Shiba Inu adalah antara yang paling popular pada minggu lalu di A.S, mengatasi minat orang ramai terhadap Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Sejak awal tahun ini, kripto meme telah berjaya menarik perhatian ramai orang terutama dalam kalangan komuniti kripto. Ia menjadi trend di mana-mana, sama ada di atas talian mahupun diluar talian. Dogecoin merupakan kripto yang menjadi pencetus dan memimpin trend meme ‘coin’ pada awal tahun ini.

Kripto yang dilancarkan pada tahun 2013, ini telah mencapai satu tahap diluar jangkaan ramai orang dan juga berjaya mendapat sokongan dari Elon Musk. Sejak mendapat sokongan Elon Musk, artis dan jenama-jenama terkenal juga turut mula menyatakan sokongan scecara terbuka terhadap Dogecoin.

Disisi lain ia turut melahirkan banyak kripto meme, antara yang popular ialah Shiba Inu. Shiba Inu bahkan pernah menduduki carta 20 teratas dalam senarai kripto berdasarkan jumlah modal pasaran. Walaubagaimanapun seiring pembetulan pasaran dan sentimen negatif, kripto meme antara yang paling terjejas.

Tetapi yang menariknya, walaupun harga kripto meme telah jatuh dari paras tertinggi sepanjang masa, minat terhadap kripto meme tidak kunjung pudar. Data CoinMarketCap menunjukkan bahawa Shiba Inu adalah kripto yang menjadi ‘trend’ dengan menduduki carta ke-4 teratas pada minggu lalu.

Yang menghairankan, kripto yang dilhamkan Dogecoin iaitu Doge Killer (Leash) menduduki tangga pertama dalam kripto yang paling mendapat perhatian. Doge Killer hanya mempunyai sekitar 100,000 token yang beredar dalam pasaran, dimana ia mengambil langkah berbeza dengan peniru-peniru Doge yang lain.

Bagaimana dengan BTC dan ETH?

BTC dan ETH masih lagi peneraju terutama dari segi asek kripto terbesar dari segi saiz pasaran kripto. BTC menduduki tangga keenam dan ETH pada tangga kesepuluh berada di belakang Coco Swap, Baby Doge Coin, dan Jindo Inu.

Harga BTC ketika penulisan didagangkan pada harga $33,560.46 jatuh 5.47% dalam tempoh 24 jam.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat