Ini 5 Negara Pengeluar Berlian Terbesar Di Dunia

3,242

Menjadi tarikan kepada golongan atasan dan berada, berlian merupakan mineral berkristal yang mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran kerana ciri-ciri istimewa yang ada padanya.

Berlian terbentuk daripada campuran unsur karbon dan atom yang tersusun dalam struktur kristal. Tekanan dan suhu yang sangat tinggi menghasilkan batuan ini secara semula jadi dari jarak 150 km jauh dalam kerak bumi.

Dalam industri komersial, penghasilan berlian pada dasarnya nampak mudah, namun ia merupakan antara proses penghasilan yang agak rumit dan perlu mengharungi pelbagai proses sebelum berlian itu dipasarkan.

Sesetengah negara kemungkinan mempunyai kepakaran dalam perlombongan, sesetengah pula mungkin mempunyai sumber kewangan yang stabil dan teknologi canggih dalam penghasilan berlian mentah.

Oleh itu, setiap berlian yang dihasilkan di sesebuah negara mempunyai kualiti yang berbeza.

Ini adalah senarai 5 negara pengeluar berlian terbesar di dunia.

RUSIA

Russia antara pemegang rekod pengeluar dan pengeksport berlian terbesar di dunia.

Berdasarkan jumlah karat berlian yang dihasilkan, Rusia sememangnya menduduki tempat pertama berbanding negara-negara lain.

Syarikat ALROSA memonopoli industri berlian di Rusia dengan penguasaan 90% pengeluaran berlian setiap tahun.

Berlian dengan pelbagai saiz dan bentuk banyak ditemui di Rusia.

Berlian berwarna kuning juga terdapat di sesetengah tapak perlombongan berlian di negara tersebut yang nilainya adalah lebih tinggi berbanding berlian biasa.

BOTSWANA

Botswana merupakan pengeluar berlian paling banyak antara negara-negara Afrika dan menduduki kedudukan kedua di dunia.

Berlian Botswana merupakan berlian paling berkualiti di dunia dengan pelbagai saiz dan bentuk serta warna.

Syarikat De Beers dan Lucara and Kimberly merupakan dua syarikat yang mendominasi industri berlian di negara tersebut.

REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO

Mengikut jumlah pengeluaran berlian, Republik Demokratik Congo menduduki tempat ketiga di dunia.

Republik Demokratik Congo merupakan pengeluar berlian kedua terbesar di benua Afrika.

Kebanyakan proses pengendalian industri berlian di negara tersebut dikendalikan oleh sektor tidak formal tidak seperti negara-negara lain yang kebiasaannya diuruskan oleh sesebuah syarikat.

AUSTRALIA

Australia merupakan pengeluar berlian berwarna terbesar di dunia.

Berlian berwarna merah jambu, ungu dan merah dan kuning banyak ditemukan di negara tersebut.

Argyle merupakan lombong berlian terbesar di negara tersebut dengan pengeluaran lebih 12 juta karat setiap tahun.

Lombong berlian di Argyle menjadi pengeluar berlian berwarna terbaik khususnya berlian berwarna merah jambu dan merah yang antara jarang ditemui.

KANADA

Perlombongan berlian di Amerika Utara bermula sejak tahun 1998 selepas penemuan kali pertama pada tahun 1991.

Diavik, Sap Lake dan Victor merupakan lombong berlian di Kanada yang dioperasikan oleh Arctic Canadian Diamond Company (ACDC), dahulunya dikenali sebagai Dominion Diamonds.

Kebanyakan berlian yang ditemui di Kanada tidak berwarna dan berkualiti tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat