Ini Alasan Kenapa Cathie Wood Borong Saham Kripto Ini!

404

“Cathie Wood sebenarnya memang rancak betul melabur ye, itu dia beli yang ini pun dia beli juga.”

Sebuah konglomerat teknologi multinasional Amerika Syarikat (AS) Block Inc sejak 13 Mac sentiasa melihat peningkatan apabila pelabur terkenal Cathie Wood yang merupakan pengasas Ark Invest dilaporkan secara berterusan membeli saham syarikat tersebut.

Pada hari Jumaat lepas, Wood membelanjakan sekitar $4.3 juta untuk membeli 59,000 saham perpecahan antara dua dagangan bursanya iaitu ARK Innovation ETF (ARKK) dan Ark Next Generation Internet ETF (ARKW).

Pembelian berikut didapati telah terjadi selepas Wood bertindak membeli saham Block bernilai $29 juta pada minggu yang sama.

Suka dimaklumkan bahawa kebanyakan individu berpusu-pusu membeli saham syarikat tersebut susulan Block bukan sahaja mengurangkan kos perkhidmatan kewangan malah sedang berada dalam proses bangunkan ekosistem closed-loop*.

*Perniagaan menggunakan semula bahan yang sama berulang kali untuk mencipta produk baharu untuk pembelian

Ekosistem closed-loop boleh menjadi salah satu perkembangan besar dalam ruang wallet digital, di mana para pelanggan tidak perlu berinteraksi dengan bank kerana Cash App dan Square akan mengurusnya, ulas Wood.

Meskipun begitu, saham Block masih membuat penyusutan lebih 70% berbanding rekod tertingginya pada Ogos 2021.

Menurut penganalisis Ramsey El-Assal, saham Block berpotensi menggunung hingga ke paras $103 pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat