Ini Amaran BoE Yang Tidak Boleh Di Pandang Enteng Oleh Para ‘Trader’!

667

Bank of England (BoE) telah mengambil keputusan untuk mengekalkan dasar monetari tidak berubah dan dalam masa yang sama menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi untuk suku ketiga bagi tahun ini.

Para penggubal dasar BoE sebulat suara memilih untuk membiarkan kadar faedah utamanya tidak berubah pada paras terendah 0.1% dan mengekalkan sasaran pembelian asetnya sebanyak £ 875 bilion ($ 1.2 trilion).

Bank pusat menyemak semula jangkaan pertumbuhan KDNK UK bagi suku ketiga ketiga dengan menurunkan paras bacaan 2.9% kepada 2.5% . Penurunan ini adalah disebabkan terdapat masalah kekangan bekalan pada output.

Mengenai inflasi, BOE memberi amaran bahawa harga pengguna cenderung untuk meningkat di atas 4% pada tahun iaitu dua kali ganda dari paras yang disasarkan. Hal ini adalah kerana kejutan harga tenaga yang semakin parah.

Menurut BoE, kenaikan harga gas borong pada pasaran spot dan future dapat membawa peningkatan risiko terhadap unjuran inflasi. Dalam masa yang sama sebilangan besar petunjuk tekanan kos yang lain tetap tinggi.

Dalam masa yang sama, BOE menegaskan kembali pandangannya bahawa ia menjangkakan inflasi akan turun kembali ke sasaran 2% dalam jangka masa sederhana.Matawang sterling diperdagangkan naik 0,6% kepada paras dagangan $ 1,3711 sejurus selepas keputusan polisi.

Akhir sekali, sebilangan penganalisis berpandangan bahawa BoE akan menaikkan kadar faedah seawal tahun hadapan. Buat masa ini penggubal polisi berada dalam fasa tunggu dan lihat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat