Ini Bakal Jadi Penyebab USD/CAD Alami Penurunan Lebih Rendah

190

Dolar Kanada dilihat mula mendapat suntikan pengukuhan nilainya di awal minggu berikutan dipengaruhi oleh sentimen pasaran minyak mentah.

Harga minyak mencatatkan peningkatan didorong oleh faktor tekanan bekalan dengan beberapa isu yang menjadi perhatian.

Antaranya adalah terhadap Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang bergelut untuk mengawal bekalan dalam pasaran.

Libya sebagai salah satu anggota OPEC berdepan isu pergolakan politik dengan pengeluaran minyak mereka dilaporkan menurun lebih 800,000 tong sehari.

Selain tumpuan OPEC, pelabur turut memantau perkembangan laporan mogok di Norway oleh pekerja minyak dan gas.

Faktor-faktor berikut dilihat akan terus mendorong peningkatan terhadap harga minyak, sekaligus menyokong pengukuhan dolar Kanada ekoran minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Namun, pelabur juga berwaspada untuk pergerakan mata wang Loonie itu sementara menantikan laporan data pekerjaan Kanada yang akan diterbitkan di penghujung minggu bersama laporan data NFP Amerika Syarikat.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, corak kenaikan harga yang dipaparkan sehingga ke penghujung minggu lalu gagal dikekalkan apabila faktor kenaikan harga minyak kembali mengubah arah harga.

Memulakan dagangan di awal minggu semalam, kenaikan harga di sesi Asia menguji paras rintangan pada 1.29000 sebelum membuat penurunan semula.

Isyarat bearish di awal minggu dengan harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi petunjuk corak kenaikan harga minggu lalu telah ‘rosak’.

Dagangan pada sesi New York semalam juga menyaksikan harga masih terhalangan pada paras MA50 setelah cubaan kenaikan harga di awal sesi.

Penganalisis menjangkakan penurunan lebih rendah harga akan berlaku di samping US dolar masih bergerak lemah sejak semalam untuk harga menguji paras sokongan dicecah minggu lalu sekitar 1.28200.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan untuk pergerakan trend bearish harga dilihat bakal mencecah ke zon 1.27400 sebelum pelabur menilai reaksi harga untuk petunjuk arah harga selanjutnya.

Namun jika harga kembali pamerkan lonjakan semula, harga yang melepasi halangan MA50 kemudiannya dijangka menguji rintangan pada 1.29000.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju semula ke paras tumpuan sebelum ini pada ketinggian 1.3000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat