Ini Butiran Mesyuarat FOMC Yang Perlu Diketahui Pelabur

557

Seperti yang dijangkakan, Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengakhiri pertemuan dua hari mereka dengan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0-0.25% dan pembelian bon pada kadar $ 120 bilion.

Federal Reserve (Fed) bersetuju dengan sebulat suara bahawa terdapat kemajuan ke arah mencapai sasaran, dan para pembuat dasar akan terus menilai kemajuan tersebut pada pertemuan yang akan datang.

Walaupun begitu, Pengerusi Jerome Powell mengatakan bahawa bank pusat masih jauh untuk mempertimbangkan kenaikan kadar faedah.

Melalui kenyataan susulan daripada mesyuarat itu, Powell mengatakan bahawa para pembuat dasar telah berbincang mengenai bagaimana mereka akan mengurangkan pembelian aset apabila tiba waktunya. Namun begitu, tidak ada keputusan bila pengurangan akan dilakukan.

Ini menunjukkan bahawa Fed telah bersedia untuk mengurangkan pembelian bon mereka, tetapi masih ingin menunggu untuk melihat kemajuan lebih lanjut yang ketara dalam mencapai sasaran pekerjaan dan inflasi bank pusat.

Selain itu, Powell turut mengatakan pandangannya terhadap varian virus Delta yang telah mendorong lonjakan kes Covid-19 di Amerika Syarikat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Walaupun mengakui bahawa varian tersebut telah menimbulkan risiko, tetapi selagi ia tidak menyebabkan sebarang langkah penutupan dilaksanakan, beliau tidak melihat bahawa ia akan memberi ancaman besar kepada pemulihan ekonomi semasa.

Ketika bercakap mengenai inflasi pula, Powell masih melihat kenaikan ini hanyalah sementara yang didorong oleh sektor berkaitan dengan pembukaan semula ekonomi, dan beliau yakin bahawa tekanan harga ini akan berkurang apabila gangguan rantaian bekalan mereda serta permintaan kembali tahap normal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat