Ini Faktor Pelabur Saham Teknologi Perlu Waspada

1,161

Saham berkaitan teknologi terus menunjukkan penyusutan berikutan aktiviti pengambilan untung pada sesi dagangan pagi tadi.

Malaysian Pacific Industries Bhd (MPI), ViTrox Corp Bhd dan Unisem (M) Bhd merupakan antara yang mencatatkan kerugian.

MPI merupakan kaunter yang paling rugi pagi ini, susut RM1.42 atau 3.6% kepada RM37.98 pada pukul 10.48 pagi.

ViTrox turut rugi sebanyak 42 sen atau 2.65% kepada RM15.40, disusuli oleh Unisem yang merosot 24 sen atau 2.97% kepada RM7.85.

Ketua penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, kaunter kaunter teknologi pagi ini berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung dan peralihan minat belian terhadap saham minyak dan gas serta saham berwajaran rendah.

Beliau berpendapat kaunter teknologi akan kekal dalam trend penyusutan untuk jangka masa pendek.

Secara keseluruhannya, Indeks Teknologi Bursa Malaysia turutn 1.65% kepada 83.59 mata pada pukul 10.49 pagi.

Frontken Corp Bhd, Mi Technovation Bhd, UWC Bhd, Dufu Technology Corp Bhd dan PIE Industrial Bhd merupakan antara 20 kaunter yang mengalami kerugian.

Pada pukul 10.52 pagi, Frontken susut 16 sen atau 3.21% kepada RM4.83; Mi Technovation menurun 14 sen atau 3.46% kepada RM3.91; UWC merosot 17 sen atau 2.93% kepada RM5.64; PIE rugi 10 sen atau 2.95% kepada RM3.29 dan Dufu menyusut 10 sen atau 2.95% kepada RM3.29.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat