Ini Faktor Yang Mendorong Terjunan USD/CAD

454

Kelemahan dolar greenback menjadi faktor kepada pengukuhan dolar loonie untuk menguat di paras tertinggi tiga bulan, selain turut disokong oleh dagangan minyak mentah dunia yang tinggi.

Menjejaki ke sesi Eropah, dolar loonie diperdagangkan 0.3% lebih tinggi berbanding US dolar, memanjangkan peningkatan yang dicatatkan sejak data pekerjaan Kanada yang kuat minggu lalu.

Dolar greenback terus berundur dari paras ketinggian satu tahun yang dicapainya pada Rabu, menyusuli penyusutan hasil bon AS 10 tahun walaupun data inflasi AS menunjukkan tekanan harga semakin meningkat pada bulan September.

Harga minyak mentah juga terus menunjukkan pengukuhan pada paras tertinggi tahunan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan di tengah permintaan global yang meningkat.

Berita positif dari Amerika Syarikat juga menyokong dagangan matawang itu, apabila ia dilaporkan akan mengangkat sekatan di sempadan kepada Kanada dan Mexico untuk pelancong yang telah divaksin sepenuhnya memasuki negara itu.

Ini bakal merancakkan lagi semua aktiviti ekonomi antara negara-negara tersebut yang telah tertangguh sejak pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat