Ini Faktor Yang Menyokong Harga Minyak Untuk Kembali Stabil!

146

Penurunan mengejutkan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat telah mendorong harga minyak untuk bangkit dari paras terendah 6 bulan, sekali gus mengimbangi kebimbangan terhadap bekalan berlebihan dalam pasaran.

Data rasmi daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan inventori minyak mentah AS berkurang sebanyak 7 juta tong pada minggu lalu, berbanding jangkaan untuk menurun 275,000 tong.

Menuju pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan stabil pada $88 setong manakala dagangan minyak Brent positif pada $93 setong.

Terdahulu, kedua-dua penanda aras itu merosot ke paras terendah terbaru 6 bulan berikutan tekanan baharu daripada Rusia yang dilaporkan telah mula meningkatkan pengeluaran minyak secara beransur-ansur berikutan peningkatan pembelian dari Asia.

Ini telah mendorong negara itu menjangkakan pendapatannya daripada eksport tenaga meningkat 38% pada tahun ini yang sebahagian besarnya disebabkan oleh jumlah eksport minyak yang lebih tinggi.

Ramalan Rusia berbeza dengan jangkaan sebelum ini bahawa bekalan minyak negara itu ke pasaran global akan berkurangan dengan ketara disebabkan pelbagai sekatan yang dikenakan ke atasnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat