Ini Fan Token Berkaitan Piala Dunia Bakal Meroket!

250

Piala dunia FIFA, acara perlawanan sukan paling popular yang berlangsung antara 20 November sehingga 18 December berjaya menyaksikan fan token melakukan pendakian harga secara ketara.

Fan token merupakan mata wang kripto yang dicipta untuk membenarkan peminat tegar bola sepak merasai pengalaman baharu serta unik seperti hak mengundi, mendapat pelbagai ganjaran, barangan dan sebagainya.

Oleh demikian, ini adalah antara senarai fan token yang berpotensi membuat lonjakan harga dalam tempoh terdekat.

  1. Portugal National Team Fan Token (POR)

Harga POR dilaporkan telah melonjak sebanyak 123% dalam tempoh dua minggu lalu dengan mencapai paras tertinggi $7.35 berbanding sebelum ini pada $3.30.

Malah, harga token mampu meningkat melebihi 37.5% menembusi paras $5.70 walaupun kini membuat penyusutan sedikit pada zon $5.80.

  1. Argentina National Team Fan Token (ARG)

Token ARG menyaksikan pergerakan serupa dengan POR yang merekodkan lonjakan 120% daripada $4.20 kepada $9.25.

Token tersebut juga akan meningkat 40% untuk memecah paras $10.85 sungguhpun kini berlegar pada harga $6.52.

  1. Brazil National Team Fan Token (BFT)

Token BTF pula melakukan lonjakan harga sebanyak 111% dalam tempoh 10 hari lalu dengan menembusi zon $1 pada 10 November.

Dalam pada itu, pendakian harga daripada paras rintangan $1.07 akan mendorongnya melakukan peningkatan lagi sebanyak 40% kepada $1.40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat