Ini Hasil Rumusan IMF Terhadap Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Global

513

Berikutan ketegangan perdagangan yang mencapai puncak pada minggu lalu, IMF telah mengeluarkan amaran apabila pertumbuhan global semakin kehilangan momentum.

Walaubagaimanapun, IMF tidak mengubah unjuran global dalam laporan Global Economic Outlook. Menurut badan kewangan di Washington, ekonomi dunia akan berkembang pada 3.9 peratus pada tahun ini dan tahun akan datang.

Namun keadaan realiti yang berlaku sejak awal tahun ini telah menyebabkan perkembangan global tidak seimbang dengan pertumbuhan yang pesat di kawasan Eropah dan Jepun. Selain itu, terdapat beberapa ekonomi utama telah mencapai pertumbuhan yang pantas. Tambah IMF pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh potongan cukai dan peningkatan perbelanjaan juga dijangka akan pudar.

Menurut Ketua Ekonomi IMF Maurice Obstfeld, risiko ketegangan perdagangan juga ketika ini semakin meningkat dan mampu beri kesan buruk terhadap harga aset dan pelabur.

Mengenai perang perdagangan yang berlaku antara China dan US, jika ancaman perdagangan semakin memuncak dan menjadi realiti, output global akan jatuh kira-kira 0.5 peratus pada 2020.

IMF juga memberi amaran kepada presiden Donald Trump agar mempertimbangkan lanjutan pengenaan tarifnya supaya ia tidak menjejaskan syarikat dan pekerja US.

Hal ini kerana, kebanyakkan sektor perniagaan US telah mula menaikkan harga kos pengeluaran dan menaikkan harga barangan bagi pengguna.

Negara-negara lain seperti China dan Kanada juga telah bertindak balas terhadap tarif US, sekaligus meningkatkan risiko perang perdagangan global.

Setakat ini antara risiko yang dihadapi oleh ekonomi global ialah harga aset yang masih tinggi di beberapa negara. Selain itu, peningkatan ketidakpastian politik di Eropah dan perjanjian Brexit yang belum kunjung selesai juga menambah lagi risiko global.

IMF menetapkan unjurannya untuk US tidak berubah, meramalkan ekonomi terbesar di dunia itu akan berkembang 2.9 peratus tahun ini dan 2.7 peratus pada 2019

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat