Ini Jangkaan Penganalisis Menjelang Mesyuarat Polisi ECB

596

Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan meningkatkan program pembelian aset krisis coronavirus pada mesyuarat polisi malam ini untuk membantu ekonomi menangani impak pandemik COVID-19.

Ketika beberapa negara di Zon Eropah telah mula dibuka semula, masih banyak ketidakpastian yang timbul terhadap risiko gelombang kedua wabak COVID-19 dan pemulihan yang akan berlaku.

Oleh kerana kemelesetan yang disebabkan pandemik coronavirus lebih lama dan mendalam daripada yang dijangkakan, kerajaan telah merekodkan defisit untuk mengatasi impak tersebut kepada ekonomi.

Hal ini sekali gus menyebabkan bank pusat turut menerima tekanan untuk menyerap hutang baru dan memastikan supaya kos pinjaman dapat diurus.

Pada Mac lalu, bank pusat telah melancarkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) yang menyaksikan pembelian bon kerajaan sebanyak €750 bilion pada tahun ini, dan susulan daripada itu, penganalisis kini menjangkakan jumlah tersebut akan ditingkatkan.

Penganalisis Berenberg, Florion Hense menyatakan terdapat 60% kemungkinan bahawa ECB akan meningkatkan sasaran dalam pembelian aset iaitu dengan tambahan sebanyak €500 bilion.

Kesuraman dalam unjuran pertumbuhan ekonomi dan inflasi yang juga akan dikemukakan dalam mesyuarat tersebut, dikatakan akan mempengaruhi bank pusat untuk membuat keputusan.

Kenyataan Presiden ECB, Christine Lagarde baru-baru ini mencadangkan bahawa bank pusat akan menggunakan ramalan asas untuk pertumbuhan di Zon Eropah, iaitu kira-kira 9% pada tahun 2020, 5% pada 2021 dan 3% pada 2022, sementara inflasi teras masing-masing meningkat 0.3%, 1.0% dan 1.5%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat