Ini Jangkaan Pergerakan EUR/USD Selepas Laporan NFP AS

903

Jaga-jaga! Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama khususnya EUR/USD sudah mula memberikan isyarat awal untuk perubahan trend harga.

Ini adalah susulan reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu yang menyaksikan bacaan yang agak bercampur.

Pertambahan pekerjaan untuk bulan Jun positif meningkat berbanding jangkaan, namun kadar pengangguran pula meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan.

Setelah itu, pasaran saham AS yang meningkat turut mendorong kejatuhan nilai US dolar sebagai mata wang safe-haven. Manakala, hasil bon 1-tahun AS juga masih lemah berlegar di bawah paras 1.50%.

Justeru, US dolar menutup dagangan pada Jumaat lalu ketara lebih lemah walaupun pada awal laporan NFP diterbitkan, US dolar menunjukkan sedikit pengukuhan.

Pada carta EUR/USD, harga turun hampir menyentuh paras 1.18000 pada zon support, namun harga melonjak semula dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat awal perubahan trend bullish.

Jika US dolar terus melemah di awal minggu ini, kenaikan harga bakal dijangkakan untuk menguji rintangan pada 1.19000.

Berjaya melepasi rintangan tersebut, trend kenaikan lebih jelas akan mendorong harga untuk menuju ke zon rintangan lebih tinggi sekitar 1.20000.

Sebaliknya, jika harga kembali menyambung semula penurunan minggu lalu, zon support 1.18000 akan terus menjadi sasaran tumpuan.

Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan menjadikan tumpuan terbaru pada paras sokongan sekitar 1.17200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat