Ini Kesan Data GDP UK Terhadap Pergerakan Carta GBP/JPY

374

Mata wang Pound dilihat berjaya mengukuh sedikit pada reaksi awal pada terbitan data keluaran dalam negara kasar (GDP) United Kingdom (UK) sebelum pamerkan penyusutan yang lebih ketara selepas itu.

Bacaan pertumbuhan ekonomi UK tersebut pamerkan penguncupan untuk suku kedua namun angka yang diterbitkan dilihat sedikit baik berbanding jangkaan untuk lebih merosot.

Penguncupan itu juga adalah yang pertama dalam tempoh lebih setahun dan berbanding ramalan pasaran untuk jatuh kepada -0.2%.

Beberapa data sektor ekonomi UK juga diterbitkan bersama data GDP tersebut seperti pengeluaran perindustrian dan pembuatan dengan keseluruhan bacaan dinilai agak suram walaupun lebih baik berbanding ramalan.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta GBP/JPY, harga telah menunjukkan corak penurunan pada dagangan Rabu dan Khamis semalam dengan paras terendah mingguan yang dicecah semalam sekitar 161.300.

Namun harga meningkat semula di atas zon 162.000 dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY sehingga tumpuan terarah pada data GDP UK di awal sesi Eropah sebentar tadi.

Kenaikan awal sebaik sahaja reaksi pada data tersebut melihatkan harga ke paras sekitar 162.800 sebelum harga susut semula menuju ke zon 162.00 menyambung pergerakan di sesi Eropah dengan isyarat awal perubahan trend.

Adakah zon 162.00 berjaya melantunkan semula harga? Atau harga bakal susut lebih rendah lagi?

Sekiranya harga meneruskan penyusutan di bawah zon 162.000, paras terendah mingguan terbaru berkemungkinan bakal dicatatkan harga selepas mengatasi paras yang dicecah harga semalam.

Pergerakan bearish harga yang lebih jelas menjangkakan harga ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 160.500 atau lebih rendah pada 160.000 menguji zon support di awal Ogos itu.

Sebaliknya jika harga melonjak naik semula, paras halangan minggu ini pada 163.500 bakal diuji sebelum harga mengatasinya untuk mensasarkan kenaikan menuju pula paras 164.500.

Selepas isyarat pergerakan corak bullish tersebut dinilai pelabur, kenaikan harga yang diteruskan berpotensi untuk kembali mencecah semula ketinggian 166.200 yang menjadi rintangan diuji pada penghujung Julai lalu.

Lihat pada gambar carta pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat