Ini Kesan Kepada Pergerakan Matawang Utama Susulan Kenyataan Dovish Jerome Powell!

482

Dolar Amerika menyusut susulan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menyatakan bahawa Fed tidak akan mengubah kadar faedah melainkan ia melihat berlaku peningkatan ketara dalam inflasi.

Pasaran menganggap kenyataan Powell sebagai dovish, yang menunjukkan Fed lebih bersandar kepada dasar pelonggaran dan kadar faedah yang rendah berbanding pengetatan dasar dan kenaikan kadar faedah. Ini menunjukkan isyarat bahawa Fed mungkin tidak akan mengubah kadar faedahnya pada tahun 2020.

Kenyataan tersebut dibuat susulan penetapan kadar faedah oleh mesyuarat FOMC yang mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada julat sasaran 1.50%-1.75% dengan ahli Fed menjangkakan akan berlaku pertumbuhan ekonomi sederhana dan pengangguran yang rendah pada tahun depan.

Para penggubal dasar menilai bahawa dasar monetari terkini sudah memadai untuk menyokong perkembangan dalam aktiviti ekonomi, pasaran buruh yang kukuh dan inflasi yang menghampiri sasaran pada 2%.

Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menyusut sebanyak 0.07% kepada $97.08 pada dagangan sesi Asia.

Ketidakpastian mengenai hubungan AS dan China masih berterusan dengan pasaran kini masih menantikan keputusan Presiden AS Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif ke atas China.

Matawang pound kembali meningkat selepas mengalami penyusutan ketara susulan keputusan ramalan pilihan raya oleh YouGov menunjukkan Parti Konservatif akan memenangi majoriti yang lebih kecil berbanding yang diramalkan sebelum ini.

Pound melonjak ke paras tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Mac lalu, sehingga mencecah paras 1.32 berbanding dolar USD yang turut disokong oleh penyusutan USD susulan kenyataan dovish Fed yang akan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang rendah.

Matawang euro juga meraih manfaat daripada kelemahan dolar USD dengan diniagakan meningkat sementara menantikan keputusan dasar monetari oleh Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat