Ini Kisah Pelabur Yang Jadi Penasihat Donald Trump

0 336

Carl Icahn dilahirkan pada 16 Februari 1936 dan membesar di New York, Amerika Syarikat. Kedua-dua ibu bapanya bekerja sebagai guru. Icahn memperoleh kelulusan dalam bidang seni di Princeton University pada tahun 1967.

Seterusnya, beliau masuk ke New York University School of Medicine untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Setelah 2 tahun, beliau memutuskan untuk berhenti gara-gara ingin memasuki bidang ketenteraan.

Kerjaya Icahn dalam bidang pelaburan bermula pada 1961 sebagai seorang broker saham di Wall Street. Pada tahun berikutnya, berbekalkan wang hasil titik peluhnya sebanyak $150,000 dan $400,000 pelaburan bapa saudaranya, Icahn menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Icahn & Co.

Melalui syarikatnya tersebut, beliau mula dikenali dan mempunyai peranan penting dalam beberapa syarikat terkemuka Amerika Syarikat seperti Nabisco, Western Union, Viacom, Motorola, Time Warner dan sebagainya.

Selain itu, kebanyakan aset kepunyaannya telah dikendali oleh American Real Estate Partners yang kemudiannya dinamakan sebagai Icahn Enterprise.

Berdasarkan pencapaiannya itu, Icahn dikurniakan dengan beberapa anugerah seperti Starlight Foundation’s Founders Award dan Man of The Year Award pada 1990. Di samping itu, beliau turut dinamakan sebagai Guardian Angel 2001 Man of The Year.

Seterusnya, beliau dianugerahkan bersama dengan 100 Women in Hedge Funds Effecting Change Award kerana sumbangannya dalam menambahbaik sistem pendidikan. Hebat!

Icahn dikenali sebagai pelabur terpenting di Amerika Syarikat serta dilantik sebagai penasihat undang-undang kewangan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 2017. Bukan calang-calang orang yang mampu dapatkan kepercayaan presiden!

Kini, hasil kekayaannya mencecah sebanyak $23.2 bilion, menjadikannya sebagai pengurus hedge fund kelima terkaya!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.