Ini Kisah Scott Melker Dapat Gelaran ‘The Wolf of All Streets’!

393

“Dulu digelak-gelakkan, sekarang bila berjaya baru orang nak pandang.”

Scott Melker atau lebih dikenali sebagai “The Wolf of All Streets” menceritakan kisah bagaimana beliau berubah menjadi penganalisis mata wang kripto paling ramai pengikut dalam pasaran daripada seorang pedagang saham yang sangat lemah.

Semasa bercerita dalam episod terbaharu Crypto Stories Cointelegraph, Melker berkata bahawa nama The Wolf of All Streets diwujudkan hanya sebagai gurauan sahaja susulan beliau juga sebelum ini dikenali sebagai “disc jockey” (DJ).

Namun, seseorang individu dengan nada berjenaka mengatakan Melker hanya mengetahui muzik dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang pasaran sambil mendakwa beliau sebagai Wolf of Wall Street palsu.

Meskipun begitu, Melker menjelaskan penukaran nama berikut adalah jenaka semata-mata tetapi nama samaran itu tersekat dan kebanyakan individu mula memanggilnya Wolf.

Bersambung dengan kisahnya, Melker didapati sentiasa berdagang saham kerana sebagai DJ beliau mempunyai banyak masa lapang pada siang hari, tetapi malangnya tidak selalu berjaya apabila Melker mengalami sejumlah kerugian selepas melabur dalam pelbagai aset.

Selepas berehat beberapa tahun daripada melabur, Melker mula mengenali kripto pada awal tahun 2017 apabila kerap kali mendengar mengenai Bitcoin (BTC) di kalangan komuniti DJ dan beliau tidak sangka ia dapat menjana wang yang lumayan.

Susulan berjaya dalam perdagangan, Melker kini memfokuskan untuk melindungi kekayaan beliau dan enggan kembangkan wangnya secara agresif melalui perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat