Ini Pandangan BoE Vlieghe Mengenai Kadar Faedah Jika Brexit Ditangguhkan Lagi!

224

Pada hari Selasa, Gertjan Vlieghe yang merupakan ahli Bank Pusat England (BoE) telah mengeluarkan kenyataan bahawa BoE berkemungkinan akan mengurangkan kadar faedah jika Brexit ditangguhkan lagi dan ia akanmembawa kepada ketidakpastian dalam prospek masa hadapan.

Dalam ucapan MMF Monetary dan Financial Policy Conference yang diadakan di London, Vlieghe telah mengeluarkan kenyataan bahawa satu senario yang mungkin akan dihadapi ialah pertumbuhan ekonomi dibawah paras sasaran dan lebih banyak rangasangan monetari diperlukan.

Tambah Vleghe, kesepakatan dalam perjanjian Brexit jangka pendek dapat mengurangi ketidakpastian dan memberi ruang kepada sektor perniagaan untuk melakukan persiapan.

Pada Julai yang lepas, BoE telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika Brexit berjalan dengan baik maka ia akan membawa kepada senario peningkatan kadar faedah secara bertahap. Namun jika jika Brexit berakhir dengan ‘no deal’ maka kadar faedah berkemungkinan akan diturunkan ke paras menghampiri sifar.

Akhir sekali Vleghe berpendapat bahawa unjuran ekonomi global semakin memburuk sejak Julai lepas dan hal ini berkemungkinan disebabkan kelembapan ekonomi UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat