Ini Pekara Yang Perlu Diketahui ‘Trader’ Mengenai Laporan NFP Bulan Jun!

1,267

Sesuai dengan jangkaan, bacaan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang diharapkan meningkat dengan kukuh pada bulan Jun tidak mengecewakan pasaran seperti yang berlaku pada bulan Mei dan sekali gus mendorong dagangan dalam pasaran. Pertumbuhan pekerjaan pada bulan Jun melonjak lebih tinggi seiring dengan pertumbuhan ekonomi A.S yang lebih pesat.

Pada hari ini, Jabatan Buruh A.S baru sahaja mengeluarkan data terkini perkerjaan bulan Jun yang dinanti oleh para peneliti dan ‘trader’. Berdasarkan laporan pekerjaan kerajaan yang terkini, data pekerjaan mencatat pemulihan diluar sasaran para penganalisis iaitu peningkatan sebanyak 850,000 untuk bulan Jun.

Angka ini jauh lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan oleh para pakar ekonomi. Berdasarkan soal selidik Dow Jones, pakar ekonomi mensasarkan data NFP hanya akan catat kenaikan sebanyak 706,000. Angka ini juga jauh mengatasi angka bulan Mei yang mencatat bacaan 583,000 selepas disemak semula.

Walaubagaimanapun, kadar pengangguran meningkat kepada 5.9% berbanding jangkaan 5.6%.

Pengambilan pekerja telah bertumbuh dengan pantas pada suku kedua dengan semakin ramai mereka yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik mula kembali bekerja. Hal ini turut didorong dengan langkah pembukaan ekonomi semula.

Seiring dengan data yang semakin positif, para pakar ekonomi melihat bahwa pertumbuhan KDNK akan bertumbuh pada dua angka iaitu 10%. Antara yang menguatkan unjuran tersebut ialah pengedaran vaksin dalam kalangan masayarakat yang akan menurunkan kadar kes positif Covid-19.

Dalam masa yang sama, sektor hospitaliti seperti hotel, restoran dan sewaktu dengannya telah dibenarkan untuk beroperasi. Sektor tersebut mencatat pertambahan pekerja sebanyak 340,000 di tengah pelonggaran sekatan di seluruh Amerika.

Selain itu, sektor lain seperti pendidikan telah menambah 269,000 pekerja. Sementara perkhidmatan profesional dan perniagaan meningkat 72,000 pekerja. Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding matawang utama telah menunjukkan sedikit kenaikan sebelum menurun lebih tajam iaitu sebanyak 0.22% kepada paras dagangan 92.382. Manakala pair XAU/USD melonjak naik sebanyak 0.97% kepada paras dagangan 1,794.40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat