Ini Pelan B Trump Jika Persidangan US-China Tidak Mencapai Kata Putus!

846

Pada hari ini, Presiden Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan bahawa jika perbincangan perdagangan tidak berakhir dengan kata putus, pentadbiran Amerika Syarikat memiliki Pelan B. Trump mengatakan bahawa tarif tambahan akan dikenakan terhadap barangan daripada China jika tiada perkembangan dalam rundingan ini selepas persidangan G-20.

Formula Trump ialah kutip lebih cukai dan kurangkan perniagaan dengan China. Trump akan bersidang dengan Xi pada jam 11.30 a.m pada hari Sabtu di Osaka.

Sebelum ini Trump mengatakan bahawa beliau berkemungkinan akan meneruskan keputusan beliau untuk menaikkan tarif ke atas lebihan barangan import China yang bernilai $300 billion jika perbincangan tersebut tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Tambah Trump, pelan B saya boleh jadi Pelan A. Jika perbincangan tidak berjalan lancar saya akan kenakan tarif. Kemungkinan bukan 25% tetapi hanya 10%.

Selain itu, Trump juga mengkritik rakan kerjasama Amerika Syarikat termasuk Jerman dan Vietnam dalam memberi maklum balas terhadap isu syarikat-syarikat China yang memindahkan kilang pemasangan mereka di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, setakat ini para pelabur masih optimis terhadap perbincangan Trump dan Xi yang akan berlangsung beberapa hari lagi lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat