Ini Pendapat Fed Fischer & Fed George Tentang Polisi The Fed

51

Stanley Fischer naib pengerusi Fed U.S berpendapat tindakan penjualan aset kewangan adalah sangat penting bagi Bank Pusat dan seperti yang beliau pernah katakan bahawa tindakan ini hanyalah bersifat sementara.

”Pengurangan aset kewangan bagi mengimbangi penyata imbangan akan dijalankan tidak lama lagi dan adalah sangat penting ditegaskan bahawa tindakan ini hanyalah bersifat sementara,” kata Fischer.

Fischer juga mengatakan The Fed kini semakin baik dalam menyampaikan perancangannya berbanding tahun 2013 yang lalu di mana pengurangan pembelian bon pada ketika itu telah menyebabkan taper-tantrum.

Senada dengan itu, Esther George, presiden Fed Bandar Kansas memberi komentar terhadap pelaksanaan lain yang diutarakan FOMC baru-baru ini.

Beliau berpendapat tindakan peningkatan kadar faedah adalah tindakan yang tepat bagi memastikan ekonomi semasa yang sedang pulih kekal stabil dan terus bertumbuh sehingga tahun seterusnya.

Tambah beliau, ”ekonomi akan terus meningkat pada tahun seterusnya dengan kadar pengangguran yang rendah dan inflasi yang lemah.”

George adalah ahli The Fed bukan-pengundi dalam penetapan polisi The Fed. Beliau biasanya memberikan komen yang berhati-hati terhadap inflasi dan kestabilan kewangan, tetapi menegaskan bahawa bank pusat perlu menaikkan kadar faedah sebelum timbulnya masalah ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat